Tuesday, February 23, 2016

Semangat Membara

Hi Assalamualaikum
France
Literally, post yang sebelum post ini, saya katakan yang saya hanya singgah sebentar an.
Mungkin tidak.
Well, alang-alang dah reunion dengan blog Great Teacher Wannabe ni, apa kata kita gunakannya sebaik mungkin.

In shaa Allah, dalam jangka masa yang akan diizinkan Allah, saya akan teruskan kerjaya lifetime saya iaitu sebagai seorang guru...[Walaupun bakal Design Engineer, in shaa Allah]

[Kerjaya lifetime kita ni, banyak sebenarnya, once kita dah tahu something, ilmu yang bermanfaat, kita kene aplikasikan dan kongsikan. Itu pekerjaan lifetime. Kerana itu muncullah, guru, pendakwah engineer dan sebagainya. Dan sebenarnya agama itulah nombor satu, so once dah tahu ilmu agama and even sudah tahu hakikat bahawa kita memegang satu kepercayaan itu, kita perlu aplikasikan dan sebarkan...jadilah pendakwah. Ya. Itulah sebenarnya.]

Memandangkan website ini mengfokuskan ilmu duniawi, jadi saya berhajat untuk sedikit sebanyak membuat post mengenai tutor tentang subjek-subjek yang saya pelajari. Tidak kira Bahasa atau ilmu yang berkaitan dengan Sains. Ilmu sains yang berfokuskan Fizik dan Elektrik, in shaa Allah.
Post tutor tu mungkin saya cuma tulis, atau dalam bentuk nota atau saya rumuskan daripada video di YouTube.

This is just my plan la. In shaa Allah akan berjalan =D
Ok, semoga berjaya dunia akhirat!!!

Monday, February 22, 2016

Time Flies High ~ Masa terbang tinggi

Assalamualaikum dan hi.

Nampaknya, saya dah besar. Blog ni saya handle masa form 4-5 pada tahun 2011-2012 dengan harapan dapat menyumbangkan ilmu yang saya ada pada orang-orang lain.

Hari-hari masa SPM dan lepas SPM begitu sibuk dan kekosongan idea untuk menaip. Lalu angin membawa pergi semangat yang lama itu, dengan izin Allah. Maka anai-anai mula menerbitkan diri untuk bekerja, mengambil alih.
Dari desktop pakai CPU, sampailah laptop kedua ni...akhirnya. Saya kembali. Tetapi mungkin hanya transit sekejap ya.

Sekarang dah 2016. Nak dekat 2020 dah pun.
Baru ternampak balik blog ni dalam senarai blog saya.
Nah..

Sekarang saya seorang pelajar di IPTS, sedang mengambil degree dalam Electrical Electronic Engineering. Sebelum sampai sini, banyak perkara yang saya lalui sehinggakan, saya lewat setahun. Rilekss! Ramai kut geng2 lewat setahun kat situ. Tak apa, kami sama-sama kongsi cerita yang sama sebenarnya. Tak banyak pun. Syukur.

Belajar ni, adalah sebahagian kewajipan dalam kehidupan seorang manusia. Bukan belajar sahaja beb tanggungjawab kita. Belajar itu sendiri mempunyai konteks maksud yang luas ok.
Seandainya kita tidak dapat keputusan SPM yang tidak memuaskan, jangan mati dulu dik. Jangan nangis air mata berdarah dulu. Rileks. Banyak lagi jalan lain yang boleh awak ambil dan akhirnya berjaya. Bukan kata-kata kosong, tapi memang ramai yang dah buktikan kenyataan ni.
Bahkan, adik-adik yang dapat straight As dan nice scholarship lepas SPM, takkan jamin adik-adik akan berjaya di pertengahan atau akhir nanti.

Sebab yang paling penting pekerjaan seorang manusia ialah...

Mengabdikan diri pada Allah. Segala yang dilakukan ialah iklhas, beribadat kepada Allah.
Maksudnya dik, niat itu kene betul.

Saya bercakap daripada pengalaman dan sekarang saya masih lagi mencari pengalaman hidup.

Moga maju jaya
Syria's nect generation