Monday, February 22, 2016

Time Flies High ~ Masa terbang tinggi

Assalamualaikum dan hi.

Nampaknya, saya dah besar. Blog ni saya handle masa form 4-5 pada tahun 2011-2012 dengan harapan dapat menyumbangkan ilmu yang saya ada pada orang-orang lain.

Hari-hari masa SPM dan lepas SPM begitu sibuk dan kekosongan idea untuk menaip. Lalu angin membawa pergi semangat yang lama itu, dengan izin Allah. Maka anai-anai mula menerbitkan diri untuk bekerja, mengambil alih.
Dari desktop pakai CPU, sampailah laptop kedua ni...akhirnya. Saya kembali. Tetapi mungkin hanya transit sekejap ya.

Sekarang dah 2016. Nak dekat 2020 dah pun.
Baru ternampak balik blog ni dalam senarai blog saya.
Nah..

Sekarang saya seorang pelajar di IPTS, sedang mengambil degree dalam Electrical Electronic Engineering. Sebelum sampai sini, banyak perkara yang saya lalui sehinggakan, saya lewat setahun. Rilekss! Ramai kut geng2 lewat setahun kat situ. Tak apa, kami sama-sama kongsi cerita yang sama sebenarnya. Tak banyak pun. Syukur.

Belajar ni, adalah sebahagian kewajipan dalam kehidupan seorang manusia. Bukan belajar sahaja beb tanggungjawab kita. Belajar itu sendiri mempunyai konteks maksud yang luas ok.
Seandainya kita tidak dapat keputusan SPM yang tidak memuaskan, jangan mati dulu dik. Jangan nangis air mata berdarah dulu. Rileks. Banyak lagi jalan lain yang boleh awak ambil dan akhirnya berjaya. Bukan kata-kata kosong, tapi memang ramai yang dah buktikan kenyataan ni.
Bahkan, adik-adik yang dapat straight As dan nice scholarship lepas SPM, takkan jamin adik-adik akan berjaya di pertengahan atau akhir nanti.

Sebab yang paling penting pekerjaan seorang manusia ialah...

Mengabdikan diri pada Allah. Segala yang dilakukan ialah iklhas, beribadat kepada Allah.
Maksudnya dik, niat itu kene betul.

Saya bercakap daripada pengalaman dan sekarang saya masih lagi mencari pengalaman hidup.

Moga maju jaya
Syria's nect generation

No comments: